MINYAK PELINCIR PLATINUM OIL

SILA HUBUNGI UNTUK TEMPAHAN :

PERBANDINGAN UJIKAJI MINYAK PELINCIR PLATINUM OIL DENGAN JENAMA BIASA


KESIMPULAN UJIKAJI MINYAK PELINCIR PLATINUM OIL DENGAN JENAMA BIASA
PROMO PROJECT VIDEO BNC WORLD SDN BHD PLATINUM OIL 2011

ANDA MAHUKAN VIDEO INI DILIHAT DALAM HD (HIGH DEFINITION)?
SILA HUBUNGI: EN. AFIQ ( 013-2990472 ) 
DAPATKAN SET VCD (RM10) SEKARANG!!
PENGHANTARAN POS PERCUMA


BULETIN UTAMA 8 MALAM 24 NOVEMBER 2011 KHAMIS

"TRIBUTE TO PLATINUM OIL"

BNC WORLD SDN BHD

p/s : sila ke link ini untuk menonton BULETIN UTAMA di TONTON.COM.MY

http://www.tonton.com.my/#/home/channels/TV3/buletin_utama_2011_ec72bef6c2564757baac9e5b0111e00d/thu_nov_24_31a18a6b3e3d452f81179e5b0111d961

Kebiasaannya, kenderaan akan diservis setiap 2 atau 3 bulan. Selain kekangan masa, faktor wang ringgit pastinya membebankan pemilik kenderaan. Namun, dengan TEKNOLOGI NANO, semua pemilik kenderaan boleh menarik nafas lega dan tersenyum lebar, kerana kenderaan hanya perlu diservis selepas pemanduan sejauh 15,000 KM dengan hanya minyak pelincir jenama PLATINUM pek atau botol 4 Liter sahaja.  TEKNOLOGI NANO adalah salah satu cabang  sains yang menjurus kepada penguraian molekul gandaan -9. Dengan kata mudahnya, molekul sesuatu bahan boleh diperkecilkan lagi berbanding  sifat  asalnya dan ianya dimanfaatkan oleh syarikat tempatan, menghasilkan minyak pelincir berteknologi nano. Ia adalah hasil penyelidikan lanjut syarikat tempatan berdasarkan teknologi Amerika Syarikat dan Jerman. “NANOTECH ZERO FRICTION TECHNOLOGY” atau ZFT bukan sekadar mempunyai viscosity (kelikatan minyak) yang mampu bertahan bagi pemanduan perjalananan jarak jauh dan juga pemanduan lasak. Ia juga mengatasi atau mengurangkan pengoksidaan permukaan dalaman enjin serta berupaya membersihkan keladak karbon yang terbentuk. Ujian menunjukkan PLATINUM OIL mampu menampung beban yang tinggi pada kuasa yang rendah berbanding produk atau jenama lain yang menunjukkan penurunan kualiti pada beban yang rendah. Ujian SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD menampilkan kemampuan PLATINUM OIL untuk kegunaan kenderaan berat,marin,kenderaan biasa dan juga motorsikal. Selain penjagaan enjin, ia juga menjimatkan penggunaan bahan api dan kini menarik perhatian pemilik kenderaan mewah. Pengerusi Eksekutif PLATINUM OIL & GAS, Dato’ Suhaimi Hashim berkata,PLATINUM LUBRICANT menawarkan produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetetif.  “Sekarang ini, kalau kita lihat, begitu banyak lambakan minyak-minyak yang berada di pasaran, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri telah mengisytiharkan hampir 30% lubricant yang berada di pasaran ini adalah daripada lubricant yang dikitar semula atau recycle oil yang telah menghilangkan segala kandungan kimia di dalamnya”. Tambahnya, PLATINUM OIL & LUBRICANT juga mempunyai produk untuk sistem transmisi dan rawatan enjin. Ujian di litar perlumbaan turut menyaksikan pasukan yang dijana PLATINUM OIL & GAS SDN BHD berjaya meraih kejuaraan.
-BULETIN UTAMA TV3 8
MALAM 24 NOVEMBER 2011 KHAMIS-


Teknologi Nano

TEKNOLOGI NANO boleh didefinisikan sebagai suatu penemuan paling hebat dan mengagumkan pada abad ini. Penggunaan teknologi nano terbukti memberikan manfaat dan berguna kepada manusia, khususnya dalam bidang perubatan, elektronik, kawalan alam sekitar dan bioteknologi. Teknologi nano juga membantu bagi mengenalpasti bahan-bahan pencemar melalui penggunaannya sebagai sensor elektronik dan sekali gus membangunkan teknologi pemulihan terhadap keadaan alam sekitar kita sekarang.


Partikel-partikel nano boleh ditakrifkan sebagai partikel atau zarah pada skala nano, iaitu 10-9 m atau lebih dikenali sebagai nanometer (nm). Kebanyakan partikel nano adalah dalam lingkungan partikel yang bersaiz 1 hingga 100 nm. Perbandingan fizikal bahan bersaiz nano adalah seperti diameter rambut manusia, iaitu 70 000 nm, sel darah merah, iaitu pada lebar 5000 nm dan molekul organik ringkas pada julat 0.5 hingga 5 nm. Saiznya yang teramat kecil dan mempunyai jumlah luas permukaan yang besar adalah suatu ciri yang unik. Ini menjadikan partikel nano mempunyai ciri-ciri yang khas untuk digunakan dalam bidang tertentu.


Kelebihan Teknologi Nano di dalam Minyak Pelincir

KELEBIHAN Teknologi Nano yang digunakan di dalam Minyak Pelincir ini  adalah untuk membantu sistem pembakaran enjin yang lebih sempurna. Kesempurnaan pembakaran bahan api di dalam enjin dapat membantu pengguna menjimatkan penggunaan petrol serta menambah prestasi enjin setiap kali pedal minyak ditekan.

Di antara kelebihan Minyak Pelincir keluaran dan jenama Platinum Oil™ untuk Fully Synthetic, Platinum Synthetic dan Semi Synthetic adalah :

1.  Berkesan sehingga 15,000km sebelum penukaran minyak pelincir seterusnya.
2.  Memberi perlindungan enjin sehingga 5 kali ganda berbanding minyak pelincir biasa.
3.  Meningkatkan prestasi (pick-up) enjin sehingga 90%
4.  Enjin lebih mudah dihidupkan walaupun dalam cuaca sejuk.
5.  Mampu bertahan walaupun berada dalam suhu yang panas.

TEKNOLOGI TANPA GESERAN DI DALAM PLATINUM OIL™

Teknologi Tanpa Geseran (ZFT)

TEKNOLOGI Tanpa Geseran  merupakan teknologi yang telah dipatenkan yang bermaksud 'zarah-zarah mikro' di dalam minyak ini bertindak untuk mengisi permukaan plat logam atau keluli yang tidak sempurna seterusnya menjadikannya mengandungi sifat-sifat extra-ordinari untuk kaedah pelinciran.

Kebiasaannya, untuk setiap satu logam yang bersentuhan antara satu sama lain (seperti di dalam enjin, kotak gear atau bearing) akan lambat-laun mengalami kehausan permukaan yang disebabkan oleh kesan geseran tersebut.

Kehausan permukaan yang disebabkan oleh geseran ini terdapat pada permukaan logam, enjin atau peralatan yang bersentuhan. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak tenaga diperlukan untuk melancar dan memastikan peralatan tersebut berjalan atau berfungsi dengan lancar. Dengan itu,penggunaan minyak petrol untuk kenderaan akan menjadi kurang efisien iaitu mengakibatkan pembaziran minyak petrol.

Dengan penambahan Teknologi Tanpa Geseran (ZFT) di dalam Minyak Pelincir Platinum Oil™ ini secara tidak langsung memberi satu lapisan perlindungan dan seterusnya mengisi ruang-ruang yang bermasalah pada peralatan dan enjin. Dengan bantuan Teknologi Tanpa Geseran (ZFT) ini, ia menjadikan enjin atau peralatan berfungsi dengan lancar dan ininya bertindak untuk memperbaiki permukaan luar dan dalam.

Berapa jeniskah Minyak Asas (Base Oil) untuk produk seperti Minyak Enjin, Minyak Gear dan Pelincir Transmisi Automatik?Jawapan : Terdapat 3 jenis minyak asas (base oil) yang biasa digunakan di dalam produk di atas. Jenis tersebut ialah Fully Synthetic, Semi-Synthetic dan Mineral Base.

Apakah kelebihan menggunakan Minyak berasaskan Synthetic berbanding Minyak berasaskan Mineral?

Jawapan :

a) Kadar indeks kelikatan yang tinggi yang mana minyak berasaskan mineral tidak boleh dicapai.

 Contoh : 5W-30, 10W-40 digunakan pada Minyak berasaskan Semi-Synthetic. 5W-40, 5W-50,10W-30, 10W-40 dan 20W-50 digunakan pada minyak berasaskan Synthetic sepenuhnya.

b) Kaya dengan anti-oksida.     


PERHATIAN KEPADA PARA PELANGGAN KAMI YANG DIHORMATI...

• Setiap ejen kami akan dibekalkan mesin  dari Jepun yang direka khas untuk menguji ketulenan minyak pelincir.

• Pelanggan dinasihatkan untuk membeli minyak pelincir sendiri dengan mengkaji ketulenan minyak tersebut daripada membeli minyak pelincir di bengkel-bengkel untuk mengelakkan penipuan atau pemalsuan minyak.

• Untuk mengkaji ketulenan minyak tersebut, anda boleh menguji mana-mana minyak pelincir pilihan anda di mesin khas kami dan boleh bandingkan dengan minyak pelincir platinum kami.

• Dengan ini, pelanggan secara tidak langsung dapat mengelakkan dari ditipu oleh sindiket pemalsuan minyak pelincir sejak kebelakangan ini.

• Diharapkan anda sebagai pelanggan kami akan berpuas hati dengan keberkesanan minyak pelincir kami sebagai pilihan yang tepat untuk prestasi enjin anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila la beri ulasan untuk memberikan support moral untuk saya terus mengarang di blog ini.